Monday, November 22, 2010

satu

Langkah diatur pantas menuju ke unit pediatric hospital Seri Jaya itu. Mata melilau mencari wad P17 Hari ini dia sudah terlambat menjenguk didi. Pasti merajuk lagi ni. Mujur dia dah bersedia awal-awal. Sudah siap dibeli sekotak chocolate dairy milk untuk didi dan dark chocolate untuknya. Dia memandang seorang nurse yang membawa troli berisi makanan.sayur,ikan,buah,dan…

Bummm!!!badannya terdorong ke belakang.dia jatuh terduduk.coklat dalam paper bag bertaburan.dompetnya yang diletakkan dalam paper bag tersebut juga bertaburan.mata dipejam. ‘sakitnya punggung aku’

“jalan pakai apa nih?mata ke lutut?ingat ni jalan atuk kau ke?”seorang budak lelaki juga jatuh terduduk di hadapannya. Handphone dan dompetnyanya jatuh bersama-sama badannya.bertaburan isi dompet budak lelaki tersebut bercampur dengan coklat dan dompet miliknya.Seorang nurse terus datang dan membantunya bangun.kakinya berbalut pop,plaster of paris,berjalan pakai tompang. ‘sakit-sakit pun mulut boleh tahan budak ni’hati mengomel.dia menarik nafas panjang.terus berpaling,malas melayan.

“dah langgar orang,tak pandai mintak maaf pulak rupanya.ntah-ntah bisu campur buta agaknya!”herdik budak lelaki yang dirasakan sebayanya sahaja.dia terus mengutip isi dompetnya

“buat apa nak mintak maaf,ni memang jalan atuk saya pun!orang cakap tepon pakai mulut,bukan mata sampai terlanggar orang!”balasnya sambil mengutip gula-gula yang dibelinya.mulutnya mengomel sendirian.nurse tersebut membantunya mengumpul barang-barangnya dan barang budak lelaki tersebut.budak lelaki tersebut hanya pandang mereka dengan muka poyo tak bersalahnya itu.selesai mengucapkan terima kasih kepada nurse tersebut,dia terus berjalan menuju ke wad didi tanpa memandang budak lelaki tersebut.sekilas pun tidak,meluat lagi ada.

Pintu P17 dibuka perlahan-lahan.Pandangan ditala mencari muka didi.tidur gamaknya.langkah diatur perlahan-lahan ke arah kerusi pelawat di sebelah kiri didi berdekatan tingkap. ‘kenapa la kerusi tu dicipta letak jauh-jauh?kantoi la kalau gini!’

“Angah lewat.1 jam 3 minit 43 saat..suara didi memecah kesunyian bilik tersebut.dia terkantoi

“sorry lah.angah salah tengok waktu jepun lak tadi.hehe”lawak lama tapi harap-harap boleh guna.

“cranium angah!”didi membalas.

“mak aii,tatabahasa tinggi tol.penat tau radius ngan ulna angah angkut benda ni tau!”diangkat tinggi paper bag tadi.

“haha.apa dalam tu?”mood didi dah bertukar hijau.selamat…

“cam biasa,dairy milk didi punya,dark choc angah punya.”tangannya pantas membelek-belek isi paper bag tersebut.matanya terkunci pada satu gambar dalam paper bag tersebut.tak pernah tengok.musykil2..tangannya pantas mengambil gambar tersebut.

“Ni sayang angah nih.along tak datang ke?”didi bagi senyum kerang busuk dia tanda dia dah tak merajuk pada angah.mata angah masih di gambar tersebut.dua orang budak lelaki mengapit seorang perempuan.nampak macam sebaya.budak lelaki berbaju merah dalam gambar tersebut seperti muka budak yang merempuh dan dirempuhnya tadi .

“angah dengar tak didi cakap apa ni?angah!”didi menggawangkan tangannya di hadapan angah.

“sorry.angah tengah tengok gambar ni.along ada basketball petang ni.esok ada game dia kata.malam nanti dia datang.”mata angah masih pada gambar.

“gambar siapa tu angah?pakwe angah ke?meh didi tengok!”gambar di tangannya terus diambil didi.

“handsomenye!didi kena gitau mama dengan papa angah dah ada pakwe ni!”didi terus menyakatnya.

“mane ada la didi.”malas dah melayan si didi.semakin dilayan semakin kuat dia menyakat nanti.diambil balik gambar tersebut dari didi dan disimpan ke dalam kocek seluar. ‘nanti-nanti la bagi balik.’

“nak ke tidak choc ni?kalu angah makan sekali ngap je tau!”dipegangnya coklat di
tangan kanan.

“Naknaknak!”

“didi,jiran bilik sebelah kirim salam kat didi.angah rasa dia minat kat didi la.haha!”

“si haikal tu ke?taknak la didi.gigi depan dia dah patah sebab accident tu!”balas didi dalam ketawa. kedengaran gelak ketawa angah menyakat didi pula memenuhi ruang bilik tersebut.sudah sebulan didi berada di hospital itu,dan sudah sebulan jugalah dia menjadi pelawat tetap di hospital tersebut.sejak didi disahkan menghidap kanser DBLC lymphoma,dan kata doktor mungkin juga dia tidak mampu bertahan lama kerana paru-parunya juga sudah dipenuhi air.angah cuma tahu yang barah tersebut disebabkan perubahan sel darah putih yang sebelumnya normal.mereka sekeluarga cuba menyembunyikan penderitaan mereka melihat kesakitan didi dan cuba bergelak ketawa apabila bersama didi.dan angahlah yang begitu terkesan dengan penderitaan dia.sayangnya pada didi tiada tolak bandingnya,didi lah kakak didi lah adik.dia dan didi merupakan kembar seiras.kalau boleh dia ingin bersama didi 24/7 setiap hari,biar didi tak lepas dari pandangannya,biar didi boleh kongsi rasa sakitnya.

“angah..”

“ye..”

“Nanti kita gi pantai nak?dah lama kan kita tak pegi pantai kan.”ada sayu dalam suaranya.didi menahan sebak.air yang bergenang di kelopak mata ditahan dari jatuh menitis.dia tahu,she cant hold it back once she cries.

“aah kan.ingat tak dulu time kita pegi yang ada anak ketam masuk dalam shorts along?lawak cipan tahap mega time tu.tak cukup tanah along lari time tu!”pecah ketawa di bibir didi.

“ingat!ingat!!then tengah syok gelakkan along,kita pulak kena gigit obor-obor!berguling-guling along gelakkan kita after that.kacau daun tol kan obor-obor tu!”angah tergelak kuat teringat kenangan di pangkor tahun lepas.banyak dah berubah.masa tu didi masih kuat,masih sihat,boleh lari sana sini,didi tak sakit.sekarang melihat rambut didi yang semakin berkurangan saja sudah buat hatinya rawan.

‘Ya Allah,berilah kekuatan pada didi untuk menempuh semua ni’.

2 comments: