Monday, July 15, 2013

1000 malam

BAB 1
Hujan renyai- renyai dari luar jendela rumahnya. Kanak –kanak kecil itu masih kaku di bawah pohon kelapa. Ada butir jernih di bibir matanya. Dia sudah jemu memanggil ayahnya. Fikirannya masih bingung memikirkan jasad ayahnya yang ditimbus tanah oleh penduduk kampung. Berkali –kali dia menangis meraung memanggil nama ayahnya tapi neneknya juga hanya menangis sambil memeluk tubuhnya. Kini yang tinggal hanyalah neneknya yang sudah tua itu untuk menjaganya. Dia menangis lagi mengenangkan ayahnya yang tiada lagi.

“budak, apa kau buat dekat sini?” satu suara menyergahnya dari belakang. Dia hanya diam membisu.

“kau nama apa?”Tanya budak lelaki itu lagi. dia terus duduk di tepi Lina. Lina hanya memandangnya.Akif kembali memandang Lina. Neneknya mengajaknya ke kampung tersebut kerana kata neneknya kawannya meninggal. Kebetulan pula hari ini Puan Azleen menyuruh mereka melukis flora dan fauna, dia terus sahaja meminta kebenaran neneknya untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Cari ilham fikirnya.

“Lina. Nenek kita kata ayah kita dah tak ada. Ada orang masukkan dia dalam tanah!” Lina kembali menangis. Walaupun Lina sudah petah berkata-kata, tapi dia masih bingung. Ayahnya juga pernah berkata ibunya sudah tidak ada.

“Janganlah nangis macam ni. Tak lawalah.Ayah awak dah tak ada da sebab Tuhan lagi sayang dekat ayah awak. Nanti kalau awak jadi budak baik,nanti mesti awak boleh jumpa ayah awak di syurga.”Akif cuba menenangkan Lina yang masih menangis.

“syurga tu cantik tak?” Tanya Lina. Tangisnya mulai surut.

“ustaz saya kata cantik sangat-sangat. Sebab tu kita kena jadi budak baik, baru dapat masuk syurga. Hujan ni, cepat balik rumah awak nanti demam.” Akif terus memujuk Lina dan memintanya pulang.Lina perlahan-lahan bangun dan mengorak langkah untuk pulang.

“tunggu!” terus membuka beg galasnya dan mengambil seutas gelang yang terdiri daripada beberapa biji manik- manik besar berwarna-warni bersama sebiji huruf A yang digantung bersama. Asalnya dia membelinya untuk diberikan kepada Amira, rakan sekelasnya yang cantik itu namun si Najmi memberitahunya dia tu sukakan Amira lantas hasratnya terus terbantut.tambahan pula mereka baru darjah enam,percuma aje dicubit neneknya kalau diketahui dia sudah gatal mahu mengurat Amira itu. ‘Walaupun tidaklah begitu cantik, mungkin boleh gembirakan hati budak ini.’ Getus hatinya.Lina berhenti dan memandangnya.Akif memakaikan gelang tersebut di tangannya.

“ Hadiah. Janganlah sedih-sedih lagi. Lina lagi cantik macam ini”.Lina mulai mengukir senyum di bibirnya. Hatinya berbunga.

“Terima kasih. Bila lagi boleh jumpa awak?”Tanya Lina. Dia sudah mulai tersenyum.


“budak lelaki yang handsome macam saya ni ,awak boleh nampak setiap 1000 malam je. Jadi awak kena la kira elok-elok sampai 1000 tau.hahaha”. seloroh Akif. Lina hanya tersenyum dan berlari pulang.

No comments:

Post a Comment