BAB 1
Hujan renyai- renyai dari luar jendela rumahnya. Kanak
–kanak kecil itu masih kaku di bawah pohon kelapa. Ada butir jernih di bibir
matanya. Dia sudah jemu memanggil ayahnya. Fikirannya masih bingung memikirkan
jasad ayahnya yang ditimbus tanah oleh penduduk kampung. Berkali –kali dia
menangis meraung memanggil nama ayahnya tapi neneknya juga hanya menangis
sambil memeluk tubuhnya. Kini yang tinggal hanyalah neneknya yang sudah tua itu
untuk menjaganya. Dia menangis lagi mengenangkan ayahnya yang tiada lagi.
“budak,
apa kau buat dekat sini?” satu suara menyergahnya dari belakang. Dia hanya diam
membisu.
“kau
nama apa?”Tanya budak lelaki itu lagi. dia terus duduk di tepi Lina. Lina hanya
memandangnya.Akif kembali memandang Lina. Neneknya mengajaknya ke kampung tersebut
kerana kata neneknya kawannya meninggal. Kebetulan pula hari ini Puan Azleen
menyuruh mereka melukis flora dan fauna, dia terus sahaja meminta kebenaran
neneknya untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Cari ilham fikirnya.
“Lina.
Nenek kita kata ayah kita dah tak ada. Ada orang masukkan dia dalam tanah!”
Lina kembali menangis. Walaupun Lina sudah petah berkata-kata, tapi dia masih
bingung. Ayahnya juga pernah berkata ibunya sudah tidak ada.
“Janganlah
nangis macam ni. Tak lawalah.Ayah awak dah tak ada da sebab Tuhan lagi sayang
dekat ayah awak. Nanti kalau awak jadi budak baik,nanti mesti awak boleh jumpa
ayah awak di syurga.”Akif cuba menenangkan Lina yang masih menangis.
“syurga
tu cantik tak?” Tanya Lina. Tangisnya mulai surut.
“ustaz
saya kata cantik sangat-sangat. Sebab tu kita kena jadi budak baik, baru dapat
masuk syurga. Hujan ni, cepat balik rumah awak nanti demam.” Akif terus memujuk
Lina dan memintanya pulang.Lina perlahan-lahan bangun dan mengorak langkah
untuk pulang.
“tunggu!”
terus membuka beg galasnya dan mengambil seutas gelang yang terdiri daripada beberapa
biji manik- manik besar berwarna-warni bersama sebiji huruf A yang digantung
bersama. Asalnya dia membelinya untuk diberikan kepada Amira, rakan sekelasnya
yang cantik itu namun si Najmi memberitahunya dia tu sukakan Amira lantas
hasratnya terus terbantut.tambahan pula mereka baru darjah enam,percuma aje
dicubit neneknya kalau diketahui dia sudah gatal mahu mengurat Amira itu. ‘Walaupun
tidaklah begitu cantik, mungkin boleh gembirakan hati budak
ini.’ Getus hatinya.Lina berhenti dan memandangnya.Akif memakaikan gelang
tersebut di tangannya.
“
Hadiah. Janganlah sedih-sedih lagi. Lina lagi cantik macam ini”.Lina mulai
mengukir senyum di bibirnya. Hatinya berbunga.
“Terima
kasih. Bila lagi boleh jumpa awak?”Tanya Lina. Dia sudah mulai tersenyum.
“budak
lelaki yang handsome macam saya ni ,awak boleh nampak setiap 1000 malam je.
Jadi awak kena la kira elok-elok sampai 1000 tau.hahaha”. seloroh Akif. Lina
hanya tersenyum dan berlari pulang.